Wednesday, September 8, 2010

KAMPUNG  CHULEK, GOPENG, PERAK
ASSALAMUALAIKUM .
1.     PENGENALAN  SIAPA  PENULIS  CERITA  INI.
Kampung Chulek tanah tompek tumpah darah ako 63 tahun lalu, iaitu pada 13.05.48. Kolou kelian nak tahu, rumah tompek ako lahir dan runtoh 15 tahun lalu. Dolu lotaknya kiro-kiro 100 meter dari titi sungei chulek. Di rumah ikor juo la lahirnya  arwah omak ako yang dikasihi Hjh Kalthom bt Soreh, Mak Tuo Asiah, Cik Gu Mamak Malik, Pak Songah, Pak Sahar dan Kak Minah. Dirumah ikor juo ayah ako Hj Sulaiman bin Hj Mohd Yasin bernikah dan lahirnya Kak Bibah, Kak Mimah, Khairul dan Azizah. Adik-adik lain iaitu Hamid, Hashimah, Hashim, Halizah, Hanita dan Hawati semuonya lahir di rumah kodai tapak Court Badminton dopan kodai  Pak Tahir. Pada tahun 1969 kami sekeluargo berpindah ke Simpang Chulek, Kg Gunong Mesah Hilir. Rumah ini dibuat tukang bangso Cino dari Tiger Town hasil titik poloh ayah dengan harga kontrek  sebanyak RM3,995.00.
               Syukur Alhamdulillah, berkat doa dan usoho gigih ayah dan omak, kami soboleh orang adik beradik boleh lah dikatakan berjaya dalam hidup masing-masing. Terima kasih tidak terhinggo kepada ayah dan omak yang bertungkus lumus siang dan malam mencari rezeki  untuk membesarkan  dan memberi  pelajaran kepada kami. Ayah telah kembali ke Rahmatullah dalam usia 67 tahun pada jam 5.00 pagi 03.10.81 setelah diserang sakit jantung pada jam 6.00 petang 01.10.81 semasa minum petang di kedai kopi Pak Jaafar. Omak pula kembali ke Rahmatullah pada jam 4.30 petang Jumaat bersamaan 07.07.95 pada usia 75 tahun setelah 30 minit diserang sakit jantung di bawah rumah semasa bermain-main dengan cucu. Sila sedekahkan Fatihah untuk kedua ayah dan omak, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya…. AL-FATIHAH.  Ako masih ingat pengorbanan dan kegigihan ayah dan omak seperti:-
-           Pukul 5 pagi ayah mengayuh basikal memotong gotah di Simpang Kobul.
-           Ayah membuka kedai runchit dengan dibantu Pak Songah di tapak Court Badminton sekarang.
-          Omak membuat kueh dan nasi lomak untuk dijual.
-          Besawah di Jahang dan Batang Limau dengan berjalan kaki setiap hari.
-          Menanam padi darat di Tanah 8 Ekar besebelahan kebun durian Pak Tahir.
-          Menjalo ikan di sungei untuk lauk, kadang-kadang pada waktu malam.
-          Menanam durian, rambutan, pelasan dan limau di seberang sungei (pulau).
Cubo la kelian toko, siapa tang  ‘AKO’.
2.     SUMBER  PENDAPATAN  ORANG  CHULEK  MASA  DAHULU
             Chulek dolu tidaklah semewah chulek sekarang.  Untuk hidup, penduduk perlu membanting tulang dengan menjalankan aktiviti pertanian seperti:-
-          Memotong gotah  (50% penoreh dan 50% tuan punya kobun)
-          Menanom padi darek dan jagung dikobun gotah yg baru ditanom semulo.
-          Besawah di Jahang, di Batang Limau dan di soborang sungei chulek.
-          Membolo ikan tongsan  (beompang).
-          Menjalo dan menjaring ikan di lumbong.
-          Melando bijeh di sungei dan di lumbong tinggal.
-          Korojo lumbong di Batu Karang dan Di Consolidated.
-          Membolo kambing, lombu dan ayom tolor.
-          Membuat parang (apar).

3.     TINGGAL KENANGAN KEPADA NINEK, OPAH, WAN, BAPAK DAN MAK CHIK
Ako masih ingat warga lama Chulek yang satu masa dahulu dihormati sebagai kawan dan saudara kepada ayah dan omak tetapi kini hanya tinggal dalam kenangan. Antara Arwah-arwah yang masih segar dalam ingatan ako bermula dari sempadan Gunong Mesah Hilir ialah:-     Pak Ahmad Jamahir, Pak Malik & Wan Normala, Wan Tupek, Ninek Sari, Pak Bokar,  Hj Mohd Noor, Pak Tuo Bokar & Mak Tuo Timah, Hj Yahaya, Nenek Tambi, Nenek Zainal Jantas, Pak Tolip, Pak Jaapar & Mak Chik Jariah, Pak Mat Toha & Mak Chik Labu, Omak Kochum, Tok Ya & Mak Chik Norilla, Pak Majid, Wan Zainab, Opah Akob, Pak Ongah Dahalan, Ustaz Umar, Pak Deraman, Ninek Isa, Pak Husin Aho, Mak Chik Mardiah, Pak Kama, Pak Tambi & Mak Chik Bedah Solim & Mad Noor, Tan Sri Abd Aziz Zakaria, Ninek Amin Tukang & Wan Halus, Pak Aziz Amin,  Cik Gu Yusop, Hj Mohd Din, Nusi, Mak Chik Wok, Wan Rakyat, Abu Hassan Padang Bolak, Pak Narullah & Wan Rahmah, Pak Duan, Ninek Kadir, Hj Latip, Ninek Atin,  Pak Kochik, Hj Daud, Pak Sudin, Aziz Sudin, Pak Hindin, Pak Maarop, Wan Bedah, Pak Tahir, Pak Toib & Mak Chik Zizah, Mak Chik Lijah Kadir, Mimik, Mak Lang Hindun, Pak Jobar, Pak Bahak & Mak Chik Sawi, Pak Harun, Kang Salleh & Mak Chik Lijah, Pak Hamid, Pak Ahmad Kuit, Pak Naim & Mak Chik Saba, Pak Nurudin & Mak Chik Timah, Daud, Midah, Abang Sahar, Imam Yazid, Imam Sani,  Pak Ahmad Sani, Pak Mail Keli, Hamid & Sitak, Ninek Telaal, Pak Kamarudsdin, Alang Sarijah, Pak Sahak, Pak Soman, Beneh, Ninek Soreh & Opah Hjh Noripah, Mak Tuo Asiah, Abang Songah dan Kak Minah.

            Semogo Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka yang tersenarai di atas dan ditempatkan bersama para solihin. Ako mohon ampun dan maaf kolou ada namo yang tertinggal, yang tersalah ejaan, yang tersobut namo golaran di kampong dan apa juga kesilapan dan kesalahan yang telah ako lakukan semasa meyenaraikan nama-nama ini. Tujuannya hanyalah semata-mata sebagai pemberitahuan kepada genarasi muda nama-nama warga Kg Chulek terdahulu.

4.    RAKAN-RAKAN  SEANGKATAN
            Rakan-rakan sepermainan yang tidak pernah dilupakan masih ramai di Chulek dan ada juga yang telah berhijrah ke tempat lain. Antaranya  Kiot, Ajok,  Ali Tambi, Sangkot, Arih Jengo,Pie Norullah, Kamal, Mahmud, Lili Hindin, Baie, Sisom, Akob, Denan, Achan, Olil, Buyong Amin, Paip, Buyong, Butan, Harun, Ami roti paun, Wahab dan ramai lagi. Manakala rakan sepermainan perempuan yang menjadi rebutan dan pujaan seperti Onun, Normah, Anor, Sinah, Bitah, Timah, Ani Ckokus dan Chichah. Kebanyakan kita sudah pun dianugerahkan pangkat Datuk dan Opah. Semoga dapat kita merasa menimang cicit, Inshallah. 
           Tidak ketinggalan, Al Fatihah kita sedekahkan kepada rakan-rakan berikut yang terlebih dahulu kembali ke Rahmatullah:-   Arwah  Mansor, Suman Bahak, Ahmad Sahak, Bodul dan Suman Bokar, Adom, Yazid Hamid, Yazid Hj Yahaya, Din Banjar dan Erah.

5.    TAHU  KOR  TIDAK  KELIAN

Kepada generasi baru Kg Chulek, tahu kor tidak kelian bahawa:-

-          Ninek sobolah omak ako asal dari Langsat Kodok, 3 km dari pokan Rao, 110 km ke utara Bukit Tinggi melalui Lubuk Sikaping, Khaitulistiwa dan Panti, Sumatra Barat. Kalau dari Medan 15 jam naik bas melalui Tebing Tinggi, Danau Toba, Sibolga dan Padang Sidampuan. Pada 1981 omak, 2 adik dan ako pergi ke Rao melalui Medan. Pada 2006, sekali lagi ke sana melalui Bandara Minangkabau di Tabing, Lembah Inai, Padang Panjang, Bukit Tinggi, Lubuk Sikaping dan Panti.

-          Ninek ako merantau dari Rao ke Malaya kira-kira 100 tahun dahulu (tahun 1910). Perkiran ini bepandukan, jika Arwah Mak Tuo ako masih hidup, umur beliau sekarang 95 tahun. Maknanya ninek dan opah ako bernikah sudah 96 tahun dicampur waktu ninek membujang 5 tahun. Jumlah 100 tahun. Ninek berakit dari Rao ke Dumai selama 3 hari 2 malam dan tdur di atas rakit yang ditambat ke pokok kerana takut harimau. Dari Dumai tunggu behari-hari untuk naik kapal dagang ke Tanjung (Penang).

-          Opah Ako Hjh Noripah, adik kepada Abdul Rahman (Ayah Pak Bokar, Cik Gu Dullah dan Pak Dahalan) dan Ibrahim (Ayah Mak Chik Hindun).

-          Tanah pokok durian Ninek Soman diantara pokok machang dengan parit dopan Madrasah dolu padang bolak sepak. Pemain handalan pada ketika itu Cik Gu Suman, Jali Sani, Abg Ayin Bakar, Pak Yazid Imam, Pak Hamid Tengkak, Mail Keli, Mat Sin, Sisam Tambi, Ajih Sudin, Olil, Alias Harimau Berantai dan ramai lagi. Goal keeper handalan pula dijaga oleh Pak Buyong Totit, sambil merokok tangkop bola.

-          Laman rumah Pak Enal di belakang kodai Pak Tahir dahulu gelanggang badminton dan takraw. Pemain takraw mewakili Chulek ke Liga Gopeng pada masa itu Cik Gu Yusop, Harun, ako, Ajok, Mansor, Mat Nor Adai, Kuti, Ami Hamzah dan Ali Mat Sari Wow.

-          Seingat ako, Ketua Kampung Chulek bermula dari Ninek Mohd Noor (Ayah Pak Toib), Pak Ongah Dahalan Abd Rahman(Ayah Abang Sahar), Ninek Zainal Jantas (Suami Wan Leha), Pak Taib Mohd Noor (Ayah Azahari), En Hussin Md Isa (Ajok) dan sekarang En Azahari Taib (Anak Pak Taib). Tahniah diucapkan kepada Azahari yang merupakan generasi ketiga dalam satu keluarga jadi Ketua Kampung Chulek. Kekalkan prestasi cemerlang dan amanah ayah dan ninek kao, walaupun dalam tekanan dan marah tetapi masih boleh ketawa dan bergurau. Kao dianugerahkan ayah dan omak yang periang, peramah, penyabar dan sentiasa sedia menolong.

-          Tanah lombah dopan surau, tanah dikanan rumah Mak Chik Upik, tanah tapak rumag Ust Umar hingga ke rumah Hj Mohd Din, tanah tapak rumah Pak Toib, tanah dikanan rumah Pak Derani, tanah di kiri rumah Abg Sahar dan tanah dikiri rumah Ninek Narulah dolu ditanom padi untuk makan seharian.

-          Sungei Chulek dahulunya dibahagikan kepada Pengkalan Pak Hindin, Pengkalan Pak Daud, Sungei Titi, Sungei Opah, Sungei Torong, Sungei Konek dan Sungei Lombah.

-          Tanah kosong di belakang surau di antara jalan ke rumah Akop dan Ust Umar dahulunya rumah Cik Gu Usop. Tanah itu asalnya tapak sekolah arab sebanyak 4 kelas. Tenaga pengajar Ust Umar dan Pak Toib.

-          Jalan ke rumah Ali Tambi bersebelahan pokok machang merupakan rumah yang diduduki oleh Arwah Pak Bahak hingga kira-kira tahun 1970. Rumah itu yang telah runtuh adalah rumah tempat lahirnya Tan Sri Datuk Abdul Aziz Zakaria, bekas  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang kembali ke Rahmatullah pada 1990.

-          Pak Derani, Pak Mail, Pak Ochah dan Man Ishak mengayuh basikal setiap hari bekerja ke Batu Karang. Pak Majid berbasikal setiap hari berkerja ke Kampar. Pak Husin Aho berbasikal setiap hari menjalo ikan di Malim Nawar, Kampar dan Kota Bharu. Ust Umar juga berbasikal membawa pisang ke Malim Nawar. Ayah berbasikal ke Gopeng membeli barang-barang kedai. Juga berbasikal tiap-tiap hari ke Simpang Kobol memotong gotah dan membawa susu gotah sebanyak 5 koping. Kini, jarang-jarang kelihatan lagi basikal di Kg Chulek.

6.    KENANGAN  MENGUSIK  JIWA

-           Buah machang Ninek Soman dopan kodai Pak Tahir jadi rebutan antara ako,   Ali Tambi, Suman Bahak, Mamud dan orang-orang di kodai. Dolu sekupang sebiji tak laku, sekarang di K.L., RM2.00 sebiji, itu pun machang porom.

-          Ramai orang duduk di bawah pokok rambai didepan kedai Ninek Kadir (sekarang kodai Pak Tahir) mendengar corobong radio battery basah rancangan Bangsawan Ke Udara dan Sendiwara Radio.

-          Telago RIDA dokek pokok machang Ninek Soman sumber air mandi, minum dan membasuh. Ami Roti Paun tiap-tiap pagi tetukik sojuk kono mandi.

-           Malayan Filem Unit membuat tayangan filem dokumentry di padang depan rumah    Ninek Zainal Jantas dan di padang bola kobun Ninek Soman.
-          Tiap-tiap hari raya ada sendiwara lakonan pentas di dopan Dewan lama. Pelakon utama Mat Sin, Kupih, Ajok, Ajih Sudin, Sisam Tambi. Ajok tak tinggal dengan lagu Ayom Den Lapeh dan Lili Hindin dengan lagu Sangam.

-          Menonton TV pada waktu malam di rumah Ninek Zainal dan di rumah Mak Chik Lijah Telaal. Masa itu tak mampu beli TV kerana harganya lebih kurang Ringgit 1,200.00. TV hitam putih beroperasi pada 1964 manakala TV warna beroperasi pada 1977.

-          Mengaji Quran beramai-ramai di rumah Ninek Zainal Jantas menggunakan gaslin dan pelita minyak tanah. Lertik sampai ke Chulek pada tahun 1962, itu pun setelah melalui pelbagai bantahan kerana laluan tali api menyebabkan pokok buah-buahan di tebang atau di cantas.

-          Mulai darjah 1 hingga daarjah 6 ako dan Mansor  berjalan kaki ke Gunong Mesah untuk naik bas besekolah di Gopeng. Lokasi jalan yang paling di takuti ialah di Pokok Rembia dan Pokok Kundang. Di tempat ini kami berlari ketakutan dan selalunya mengekori basikal yang lalu.

-          Ako telah berusaha dan masih ingin minta izin kepada pemilik dan kepada anak-anak pemilik tanah kerana semasa kecil agak nakal dan cepat tangan mengambil harta orang tanpa mengambilkira siapa tuanpunya harta tersebut seperti:- 
Durian, mangis, polom,rambai, langsat, nenas,rambutan, pulasan, sopom,   choropu,      ketari, buah rotan, puchuk ubi,   puchok   paku, kantan, robong, limau nipis, jagung, pisang, bumbun ikan,  tubo,  lastik puchok gotah, lastik pot susu gotah dan batang pisang buat rakit.

-          Keseronokan berkelah sambil menangkap ikan dan udang di ompang Pak Derani, Abg Sahar, Pak Sudin dan Pak Enal semasa di keringkan.

-          Menanguk udang apabila air sungai besar dan keroh. Masak lomak udang sungai dengan nenas sangat lazat. Udang bertukar dari warna hitam kepada merah bila dimasak.

-          Menangkap atau memokup udang dan ikan lokop batu.

-          Memudiki dengan cara memukul air sungei dengan galah menghala ke hulu. Ikan lemasai takut dan menyorokkan diri di celah-celah batu dan mudah ditangkap dengan tangan. Mana-mana ikan yang terus mudik ke hulu akan masuk kedalam lukah yang ditahan munchung hala ke hilir.

-          Pada masa ini Gua Tempurung sudah membangun indah. Pada tahun 1962 kami  15 orang di ketuai Cik Gu Suman meredah hutan dan lumbung merayau ke Gua Tempurung yang pada ketika itu hutan tebal bekas peninggalan komunis. Bila sampai kira-kira 100 meter di dalam gua, Cik Gu Suman padamkan torchlight dan lampu carbide lebih kurang 5 minit. Ramai kami yang meraung ketakutan dalam gelap gelita. Balik rumah ramai juga yang kena guguh ayah masing-masing.

-          Rumah Opah ako dokek Sungei Titi, jadi kira-kira ako la jadi hiro sungei pada masa ito. Di sito la tompek mandi, membasuh kain, menjalo, mengail surok, mengasah pisau, mengisap rokok dan berak pun di sungai juo (rozoki ikan lemasai). Begayut macham Tarzan di bosi gologar titi dari hujung tiang ke hujung tiang sudah jadi perkara biasa, tunjuk hero kalau ada Jane mandi sama. Kolou tak lumpek kopalo dolu dari titi, raso tak sah mandi sungei. Sekarang, nak lumpek kaki dolu pun tak tolok, gamang.

-          Bila hampir hari raya Chulek sibok dengan pelbagai aktiviti seperti begotong royong kachau dodol, kongsi-kongsi masak kueh, boli ais kotul dengan habuk papan, cari buluh pasang lampu, kumpul tempurung untuk lampu, cari buluh botong buat meriam buluh, buat meriam tanah, malam main ondok-ondok, siang main polis centry, gotong royong buat pintu gerbang surau dan setiap rumah membawa kueh semasa sembahyang hari raya di surau.

7.    INSAF SEMASA SUSAH , SYUKUR SEMASA SENANG.
               Kesusaahan dan kesempitan hidup kadangkala membuatkan kita insaf dan berusaha untuk keluar dari kepompong dengan berhijrah ke tempat lain. Apabila hajat tercapai, hendaklah kita bersyukur diatas nikmat yang di kurniakan Allah SWT. Kita kadang-kadang lupa atas nikmat tidak nampak yang dianugerahkan  sejak dari  lahir seperti Islam, amal, iman, hidup, sihat, penafasan, pendengaran, penglihatan dan rezeki. Anak-anak Chulek tidak lagi naik basikal. Sungei Chulek tidak lagi jadi  sumber air minuman, tempat membasuh kain, tempat mandi dan tempat membuang air besar. Jalan ke Jahang dan Gunong Panjang tak perlu lagi dihalau embun pada pokok pimping dengan ranting kayu. Kerusi panjang kedai tidak lagi diturih jadi Papan Chatur.  Membeli barang keperluan harian tidak lagi mengikut timbangan sechupak atau segantang beras, sekupang ikan bilis, sekupang minum teh tanpa gula, sekupang biskut kapal atau merry, sebatang rokok tembak, sekotak rokok Talipon dan sebungkus sorobok chop kaki tiga. Buku kecil 555 tidak lagi kelihatan sekarang.
              Begitulah keadaan tahap kemiskinan warga Chulek 50 tahun lalu. Bila terkenang membuatkan kita insaf dan bersyukur atas nikmat rezeki yang dikecapi sekarang. Tahap hidup kita 50 tahun lalu masih kelihatan kekal hingga sekarang  semasa ako melawat Rao, Banjarmasin, Pontianak dan Sulawasi di Indonesia. Begitu juga taraf hidup di Mindano, Selatan Filipina,  Yangon di Burma dan Kampong Cham & Kampong Thom di Kemboja. Lawatan ako ke Bratislava di Chekoslavakia dan Budapest di Yokoslavia 20 tahun lalu yang diperintah oleh Komunis masih kelihatan tertekan dan miskin.
  8.            TEMPAT  JATUH  LAGI  DIKONANG.
         Berkat titik poloh ayah dan omak serta berkat doa kelian dan bumi Chulek tempat ako dilahirkan, hidup kini tidaklah mewah tetapi sekadar cukup untuk makan dan pakai. Ako berhijrah ke Kuala Lumpur semasa masuk ITM pada 05.08.1967 dan terus berkhidmat dengan kerajaan mulai 01.04.1971 hinggalah pencen pada 13.05.2005. Pendapatan dari gaji hanya mampu membeli sebuah rumah terrace, sebuah kereta buruk dan menyara 5 orang anak hingga ke menara gading. Selain itu berpeluang juga menjejak kaki ke 9 buah negara di Eropa, Los Angeles, Beijing, Tokyo, Taipei, Hongkong, Cairo, Iskandariah, Mekah, Madinah dan semua Negara Asean. Juga bepeluang mengunjungi sebahagian dari 7 keajaiban dunia iaitu Pyramid Cairo, Eifel Tower Paris, Pisa Leaning Tower Italy, Great Wall of China, Angkor Watt Kemboja dan Borubudur Jogjakarta. Dianugerahkan juga peluang untuk tinggal di London selama 3 tahun dan di Kota Kinabalu selama 4 tahun.
         Sudah hampir 6 tahun ako pencen. Masih tinggal di Taman Ehsan, Kepong, Kuala Lumpur. Isteri masih kekal setia seorang hingga akhir hayat, inshaallah. Dari 3 orang anak lelak yang sudah bekerja, 2 telah berkahwin ,manakala 2 orang lagi anak masih menuntut di IPTA. Cucu baru 3 orang. Semua anak-anak dan cucu masih pantang tanah dan bejojak di Chulek. Mereka semua mewarisi minat ako iaitu mandi berondom di sungei Chulek. Mereka belajar berenang dengan bantuan Kamal Buaya (Anak Olil). Semuanya termasuk cucu gembira bila sebut saja nak pergi Chulek kerana mandi sungei.  Ako juga suka minum pagi di Kodai Pak Tahir sambil beborak-borak dan mengingati peristiwa pahit manis, suka duka dan susah payah yang pernah di lalui 50 tahun lalu. Setiap hari raya puasa pasti solat hari raya di Chulek kerana itulah masa jumpa kawan-kawan lama dan selepas itu menikmati rendang itek serati di rumah Kiot, rakan sebilik semasa bujang di Kuala Lumpur.
9.      PENUTUP  CERITA
             Kepada semuo orang Chulek dan pembaco rencana ini, izinkan ako bersujud memohon ampun kepada Allah SWT dan menyusun jari sepuloh memohon maaf kepada kelian semuo diatas apa juo salah dan silop dalam rencana ini. Namo kampong/ namo samaran/ namo timangan/namo golaran yang ako gunokan tidak langsong bertujuan untk menjatuhkan maruah /darjat /taraf /air mula kelian. Ia semata-mata hendak mengujudkan suasana dan keadaan sebenar bagi menunjukkan betapa rapatnya hubungan kekeluargaan kita di Chulek pada masa dahulu. Rencana ini pun ditulis bagi menyedarkan generasi baru Chulek asal usul kampong di mana datuk ninek mereka terokai. Semoga hasrat murni ako ini di berkati Allah SWT dan dijadikan renungan serta ingatan bagi menyerdarkan kita bahawa ‘Tempat jatuh lagi dikenang,  inikan pula tempat ako dilahir dan di besarkan’,  ‘Kalau merenung bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi’ dan “Hujan emas di negeri orang, tidak seindah hujan batu di Chulek’.  Jumpo kito di Chulek Hari Rayo Kor, Inshallah.
             Ako akhiri cerita pendek ini dengan doa agar kita semua sihat walafiat dan sekali lagi  mohon maaf diatas segala kesalahan ako, ayah ako, omak ako dan 11 orang adik beradik ako dan minta izin segala makan minum.  Wassalam.

Mohd Hanip Sulaiman,
116 Jalan E2/9, Taman Ehsan,
Kepong,
52100 Kuala Luimpur.
Tel :  019-2548070  &  03-62741180
06 September 2010.